Kulit Sensitif? Ini beberapa tips untuk anda

kulit-sensitif-ini-tips-untuk-anda

Kulit sensitif secara khususnya memerlukan perhatian yang rapi. MAMADIL selain menjual produk kesihatan, kami suka untuk berkongsi tips dan nasihat dalam penjagaan kulit.

Jangan menggunakan sabun sebarangan ketika mencuci badan

‘Binding Agent’, yang selalunya terdapat dalam bar sabun kebanyakannya berasaskan alkali (lazimnya pH tinggi). Ia menyebabkan kehilangan kelembapan dan minyak semulajadi pada kulit. Akibatnya permukaan kulit mengalami dehidrasi (kekurangan lembapan) dan meningkatkan sensitiviti kulit.

Idealnya, Sel-sel kulit perlu kekal lembap untuk menjadi sihat. Tanpanya, kulit lebih mudah terdedah kepada kulit kering, sensitif mahupun jerawat.

MEDIL dan Collaloe Soap Mamadil dirumus khas untuk mengembalikan kelembapan anda yang kering.

Pastikan produk penjagaan kulit disimpan ditempat yang bersuhu rendah

Ketika musim panas (Malaysia contohnya mengalami musim bersuhu tinggi 5-9 bulan secara kasarnya), menyebabkan peningkatan suhu badan dan aliran darah bagi menstabilkan suhu badan (homeostasis). Akibatnya boleh menyebabkan kulit lebih sensitif dan rengsa. Produk seperti ‘Cleanser”, ‘Toner’ dan ‘Moisturizer’ disimpan dalam bilik bersuhu rendah seperti penyaman udara, atau peti sejuk. Produk yang bersuhu sejuk akan mengecilkan kapilari bagi meredakan kemerahan dan kerengsaan kulit.

Menggunakan Bahan bersifat menyamankan

Kami nasihatkan agar anda menggunakan produk penjagaan kulit yang terdiri dari bahan anti-radang dan menyamankan (tranquil) seperti pudina, aloe vera, teh hijau sebagai rawatan semulajadi dan bermanfaat bagi kulit yang sensitif.

Menghindari Microderm

Microderm adalah prosedur non-kimia, non-invasif yang menggunakan semburan microcrystal untuk menghilangkan lapisan paling luar pada kulit (membuang sel kulit kering dan mati) dan mendedahkan kulit yang lebih mudah dah sihat.

Tapi bagi yang menghidap kulit sensitif, rawatan ini adalah kesilapan besar. Ini kerana rawatan ini direka untuk memecahkan lapisan pelindung kulit dengan cara agresif. Ia hanya akan memburukan lagi keadaan kulit yang sensitif.

Sebaliknya pilih pembaikan kulit secara semulajadi yang meningkatkan kelembapan dan keadaan kulit yang lebih selamat.

Kurangkan gaya hidup diluar

Pengambilan makanan pedas, bersukan di luar rumah menyebabkan badan berpeluh, dan terdedak kepada sinar UV. Kurangkan jika ingin menyamankan kulit anda.

Pilih aktiviti dalaman yang memberikan hasil yang serupa seperti bersenam diluar, tapi kesan yang lebih rendah ke atas kulit anda. Sentiasa gunakan air yang lebih dingin apabila membersihkan muka anda.

Ragu-ragu? Buat ‘Patch Test’

Tahukah anda? jika anda mempunyai kulit yang sensitif dan alergi, disarankan membuat ‘patch test’ untuk keserasian sebelum mencuba sebarang produk penjagaan kulit yang baru.

Bagaimana ‘Patch Test’ dibuat? Tempat terbaik untuk menguji produk penjagaan kulit baru adalah dengan menampalnya dibahagian leher. Kawasan tersebut lebih sensitif daripada kulit wajah tetapi tempat yang baik untuk menguji apa-apa produk baru.

Sapukan sedikit produk pada bahagian leher, gosok perlahan-lahan dan tunggu sehingga 24 jam. Sekiranya tiada kesan negatif, maka anda sedia gunakan produk baru tersebut.

* Tahu tak bahawa penyebab no 1 reaksi alergi pada kulit datang dari pewangi tambahan? pilih produk yang menggunakan pewangi semulajadi didalamnya untuk kegunaan lebih selamat.

Remajakan kembali kulit kering

Kulit kering menyebabkan rekahan kecil pada kulit. Rekahan-rekahan tersebut akan lebih sensitif dan iritasi apabila terdedah kepada cuaca melampau (seperti perubahan mendadak suhu panas ke sejuk, atau sejuk ke panas). Jika kulit anda kering, anda perlu menggunakan produk yang membaiki pelindung semulajadi kulit seperti produk yang kaya dengan minyak semulajadi (seperti minyak zaitun, minyak biji anggur). Ini membantu mengurangkan kadar kulit sensitif serta kulit kering.

Akhir kata, kulit sensitif banyak berlaku sekarang kerana peningkatan suhu global, dan persekitaran yang kotor. Tapi dengan mengambil langkah awal, melindungi kulit dan merawat kulit secara berterusan, anda boleh mengawal kadar iritasi dan keradangan pada kulit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *