Kajian menunjukkan bahawa penghidap ekzema menghabiskan sehingga $2000 (RM8169.94) setiap tahun bagi merawat ekzema dan 36% daripada pesakit menghabiskan lebih dari 10 minit setiap hari menggunakan ubatan, pelembap dan steroid.
Lebih 20% orang di negara maju mengalami ekzema dan kebanyakannya adalah bayi dan kanak-kanak.
Statistik ekzema:
- Satu daripada lima kanak-kanak mengalami ekzema
- 2 juta orang di Australia mempunyai ekzema dan hampir 6 juta orang Australia akan mengalami ekzema pada satu ketika dalam hidup mereka (iaitu 1 dalam setiap 3 orang)
- Atopic Eczema (disebabkan alahan) adalah bentuk ekzema yang paling biasa di kalangan orang Australasia.
- 31.6 juta orang mempunyai ekzema di Amerika Syarikat.
- Terdapat lebih daripada 6 juta penghidap ekzema di United Kingdom.
- Di New Zealand, lebih daripada 10% orang mempunyai ekzema.
Pada umur berapa ekzema biasanya muncul?
Ekzema boleh berlaku pada semua peringkat umur, namun, ekzema biasanya muncul pada masa kanak-kanak (usia enam bulan) dan boleh hilang sekitar usia enam tahun, walaubagaimanapun ada yang lebih dari usia tersebut.
Sekitar 50% daripada semua pesakit ekzema mempunyai simptom sebelum berusia setahun, dan 20 peratus mengalami ekzema sebelum usia lima tahun.
Ekzema yang muncul kemudiannya biasanya dicetuskan oleh faktor diet yang tidak sihat, tekanan dan/atau faktor persekitaran seperti pendedahan kimia yang tinggi.
Rujukan: