Soalan-soalan feymes yang sering ditanya pengguna?

Soalan-soalan-femes-pengguna-mamadil

Assalamualaikum,.

Disini saya nak kongsikan beberapa soalan yang memang ‘femes’ ditanya oleh pengguna MAMADIL. Mungkin soalan ini ada didada anda untuk bertanya? 🙂

Berapa lama kesan nak nampak kalau mkn women love (WL) atau minum susu rizqi?

Apa jua produk bergantung pada penerimaan badan individu. Ada yang ambil masa seminggu dah nampak kesan, ada juga 2 minggu cuma untuk kesan yang cepat pastikan banyak minum air masak supaya toksin cepat keluar. Toksin juga penyebab kulit kusam & juga kesan lambat apabila ambil apa jua produk. Jadi pastikan ambil air masak banyak untuk singkirkan toksin dengan bantuan suplimen yang diambil selepas itu insyaAllah anda akan lihat kesan positif hari demi hari.

K.I.S.S:

  • Penerimaan badan individu
  • Seawal 2 minggu
  • Banyakkan minum air masak
  • Air singkirkan toksin, suplimen sebagai booster positif.

2. Ada kesan sampingan tak kalau mkn women love atau minum susu rizqi?

Selama 3-4 tahun produk ini di pasaran belum ada lagi kesan sampingan yang tidak enak kami terima. Kesan sampingan seperti ini (mungkin ada), contohnya bila ambil suplimen akan banyak keluar angin, keluar keputihan yg banyak untuk mencuci dalaman wanita. Ini bagus kerana anda akan rasai badan anda makin hari makin ringan, sihat & bertenaga insyaAllah. Untuk susu setakat ini belum ada kesan sampingan lain.

K.I.S.S:

  • 4 Tahun dipasaran tiada kesan sampingan yang mudarat kesihatan.
  • Dalaman dibersihkan, (keluar angin, keputihan).
  • Badan rasa lebih ringan dan segar.

3. Kalau ‘stop’ ambil produk nie akan ada kesan sampingan tak?

Tiada kesan sampingan negatif yg kami terima setakat ini. Cuma apa yg best bila stop pengambilan, keadaan diri tak jadi makin teruk dari sebelumnya. Insya Allah.

4. Apa beza susu rizqi dan women love?

Women Love (WL) ialah suplimen wanita. AMARAN hanya untuk WANITA. Mengandungi bahan aktif untuk membantu menyihatkan dalaman & luaran wanita. Termasuk untuk kembali muda luar & dalam.

Manakala Susu Rizqi (SR) pula minuman untuk seisi keluarga dari kanak2 hingga dewasa tujuan utama susu rizqi ialah untuk dapatkan kulit yang sihat selain banyak manfaat lain diperolehi seperti kurangkan lelah, gastrik, lemah badan & resdung. Insya Allah.

K.I.S.S:

  • WL untuk WANITA Sahaja.
  • SR minuman seisi keluarga.
  • SR membantu mengurangkan ketidakselesaan lelah, gastrik, lemah badan & resdung.

5. Medil sesuai untuk semua jenis kulit?

Medil sesuai untuk sesiapa saja. Namun jika keluar jerawat, mungkin dari produk lama yg puan berhenti pakai secara mengejut. Medil Cleanser dan Serum sangat membantu dalam merawat kulit bermasalah. Jika jerawat timbul semasa penggunaan set Medil, mungkin disebabkan oleh Medil Foundation. Ini kerana Foundation menutupi liang roma (pernafasan) kulit. Bila kulit tidak dapat mengeluarkan toksin, kotoran, peluh dengan efisien, jerawat mungkin lebih mudah keluar. Apatah lagi jika kulit berminyak.

Solusinya ialah, apabila anda memakai Medil Foundation, jangan dibiarkan hingga seharian di wajah. Cuci muka apabila dah habis aktiviti di luar. Insyaallah kulit wajah tiada masalah malah makin cantik & sihat hari demi hari.

K.I.S.S:

  • MEDIL untuk semua orang.
  • Cleanser & Serum membantu merawat kulit bermasalah.
  • Foundation jangan dibiarkan seharian pada muka.
  • Liang roma tertutup menggalakan jerawat.
  • Aktif dalam penjagaan kulit wajah, ok?.

6. Dari umur berapa boleh mkn WL? atau dari umur berapa boleh minum Susu Rizqi?

WL boleh diambil untuk wanita 18 ke atas.Bagi ibu preggy sahaja dilarang kerana ia mengandungi gabungan herba walaupun rasanya sangat sedap.

Manakala untuk Susu Rizqi pula bermula baby 6 bulan ke atas hingga dewasa, namun untuk baby, Susu Rizqi bukan dijadikan susu formula. Hanya sebagai minuman tambahan sahaja. Jika baby yang masih menyusu badan, ibu boleh minum & baby akan dapat manfaat melalui susu ibu.

K.I.S.S:

  • WL untuk wanita 18 Tahun ke atas.
  • SR dari bayi 6 bulan sehingga dewasa.
  • SR dicampur dalam susu formula yang dibancuh.
  • Bayi menyusu dapat manfaat dari susu ibu yang amalkan SR.

7. Ok tak Medil? Ada kesan sampingan tak pakai Medil?

Apa jua skincare bergantung pada kulit individu. Insya Allah, buat permulaan, anda boleh bermula dgn Medil Cleanser Hydro-Based dahulu. Jika anda berpuas hati, sesuai dgn kulit anda, boleh teruskan dgn Medil Perfect Sleeping Serum & Medil Foundation. Insya Allah hingga hari ini feedback dari pengguna sangat luar biasa tentang Medil Skincare.

K.I.S.S:

  • Start dengan Medil Cleanser Hydro-Based untuk cari keserasian.
  • Teruskan dengan Medil Perfect Sleeping Serum & Medil Liquid Foundation untuk result extra.

8. Berapa lama nak nampak kesan kalau pakai Medil?

Bergantung pada masalah kulit. Untuk kesan lebih cepat pastikan setiap malam gunakan Medil Sleeping Serum kerana ia sangat membantu merawat segala masalah kulit wajah. Disamping itu pastikan pengambilan air masak yang banyak bertujuan untuk singkirkan toksin dalam badan kerana toksin juga punca masalah kulit & dalaman.

K.I.S.S:

  • Buat ke seratus dua puluh sembilan kalinya.. banyakkan minum air masak untuk kesihatan kulit dan badan ya.

Perkongsian ikhlas dari:

Dila Mamadil ok?
Dila MAMADIL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *