Sebelum Mamadil, Saya Dulu Susah Hanya Menunggu Gaji Bulanan

mamadil-stokis-penang-ayda-rashidah

Assalamualaikum, saya merupakan wakil jualan Mamadil Negeri Penang. Sengaja saya share kat sini untuk menaikkan semangat wanita yang masih suam-suam kuku berniaga dan nak mencari kekuatan membantu ubah hidup masing-masing

Asalnya, saya hanya menjadi dropship..

Kini alhamdulillah menjadi leader sekarang. Dulu saya boleh dikatakan agak susah, kereta nak kena tarik, makan pun kais pagi makan pagi, hanya menunggu gaji bulanan. Silapnya ketika muda saya banyak enjoy. Yelah masa tu muda lagi, di awal kerja duit banyak tak tahu nak buat apa, jadi joli lah jawabnya.

Dulu..

Kehidupan saya biasa-biasa je hanya berniaga dari rumah, tapi kini Alhamdulillah dengan semangat dan usaha akhirnya saya berjaya menjadi leader di Pulau Pinang, dan dapat buka sebuah butik ekslusif Mamadil dan beli rumah dengan menggunakan duit hasil jualan produk sahaja ????????

Pengalaman saya bersama Mamadil, saya menggunakan produk Beauty Sara dan Susu Rizqi semasa mengandung anak kedua. Produk beauty sara masa tu memang mendapat sambutan hangat dikalangan peminat dan kini telah bertukar kepada set Medil yang lebih unik dan simple. Masa minum Susu Rizqi di awal kehamilan, saya tiada loya dan muntah-muntah yang teruk sebab Susu Rizqi sangat membantu memberikan saya tenaga. Asbab minum Susu Rizqi semasa hamil, saya dipermudahkan Allah untuk melahirkan anak kedua. Tak sampai satu jam dalam labour room. Syukur Alhamdulillah. Lepas bersalin susu badan melimpah-ruah. Berbeza sungguh masa anak pertama dulu. ????????

Berat badan saya susut kerana menyusu badan penuh. Jadi tak perlu diet mahal, hanya menyusu anak sahaja. Wajah pula nampak muda berbanding anak seorang dulu.????????

perubahan saya dari gambar anak pertama sehingga sekarang mengandung anak ketiga dengan hanya menggunakan produk mamadil

Nak dijadikan cerita saya amalkan pula Women Love (sekarang dikenali sebagai Mamadil WL) masa berpantang, memang ketara sangatlah perubahan tu, hehe. Baru ni kan, Mamadil WL dah tukar packaging, belum habis sekotak, tup tup dah disahkan mengandung kali ke-3.. alamak… ????????

Saya nak ucapkan terima kasih kepada Puan Dila Mubarak kerana telah memperkenalkan Mamadil kepada wanita di Malaysia terutamanya, dan menjadi ikon terbaik untuk kami sama-sama jadikan contoh. Terima kasih kerana melahirkan usahawan yang berjaya dan memberikan saya peluang untuk menjana pendapatan bersama Mamadil.

Alhamdulillah kini kewangan saya bertambah stabil dan tidak dikelilingi hutang jahat lagi. Customer saya pun dah cantik-cantik belaka sekarang, asbab guna Mamadil.

????????????????

 

Dikongsikan oleh: Ayda Rashidah Abd Rahman

One thought on “Sebelum Mamadil, Saya Dulu Susah Hanya Menunggu Gaji Bulanan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *