Mamadil? Pernah Dengar Tapi Tak Pernah Ambil Tahu..

mamadil-pernah-dengar-tapi-tak-pernah-ambil-tahu-iza

Haaaa…Berlagak tak iolss? ????

Sepupu Iza merupakan antara agen Mamadil yang terawal sejak zaman beauty sara lagi. Masa awal-awal dulu dia selalu la promote beauty sara nie dekat Iza tapi mcm Iza cakap, Iza tak pernah ambik tahu. Sampailah nama pun bertukar ke MAMADIL Iza masih tak ambil kisah. Padahal nampak je iklan tu lalu lalang kat wall Iza, tapi tak tahulah kenapa Allah tak gerakkan hati Iza untuk ambil kisah.

Sampailah satu hari Iza terbaca posting dari SifuFbads yg bertajuk “SAYA NI SURIRUMAH DOK KAMPUNG AJE”

Masa tu baca tajuk pastu tengok gambar je. Subhanallah cantik sangat perempuan ni. Dah terdetik macam tu baru baca post tersebut. Rupe nye founder mamadil. Then baru la teringat tentang mamadil yg cousin iza selalu dok post tu. Sampai situ jelah tapi still tak nak ambil tahu lagi mamadil tu apa. Kihkihkih.

Lepas pada tu iza follow la Puan Dila Mubarak ni. Sesekali post dia lalu lah dekat wall Iza.. Sesekali je sbb masa tu tak set ‘see first’ kan. Tapi sesekali baca tu setiap posting macam melekat kat hati ni. Iza jadi suka nak baca. Iza suka setiap kata-kata motivasi & semangat. Tapi kan bila Puan post pasal produk mamadil Iza tak baca pun. Scroll mcm tu je ????

Disebabkan tak nak terlepas posting motivasi dari Puan Dila maka Iza pun set la ‘see first’ untuk Puan Dila Mubarak. Bila dah set ‘see first’ selalu lah post Puan Dila lalu lalang kt wall Iza termasuklah post berkenaan produk Mamadil. Time ni Iza dah start baca dah berkenaan produk mamadil. Tapi dlm hati masih terdetik ye ke ni? Tambah pula banyak isu-isu berkenaan produk tempatan ni kan. Hati tetap rasa was-was.

Hari demi hari baca perkongsian Puan Dila sedikit sebanyak hati nie macam terbuka sikit demi sikit, tapi belum sepenuh hati lagi tau.

Sampai lah masuk tahun 2016 masa tu Iza decide nak pkai skincare yang lengkap untuk muka Iza. Sebelum ni Iza pakai pencuci muka je. Krim-krim, serum-serum ni semua takde pakai. Pernah pakai tapi tak lama sebab rasa tak sesuai dengan kulit. Lepas pada tu memang pakai cleanser je la.

Nak cari yang sesuai dengan Iza memang agak susah sebab Iza memang ada masalah jerawat disebabkan resdung. Kulit Iza pun berminyak. Survey la setiap produk yang ada termasuklah mamadil ni. Dlm banyak-banyak tu ade 2 yang termasuk dalam shortlist Iza. Mamadil & ada lagi satu jenama. Dua-dua pun banyak testimoni yang gah tapi mcm biasa Iza memang susah nak percaya dengan testimoni yang di post kat FB. Tambah pula sekarang ni banyak aplikasi yang boleh ubah jadi cantik sekelip mata kan.

Iza nak testimoni yang proven depan mata Iza sendiri. So start la episod Iza jadi spy muka org. Mangsanya adalah agen kedua-dua brand yg di shortlist tadi. Dah nama agen mestilah diri sendiri pun jadi pengguna kan.

Sehinggalah lepas raya 2016 dalam bulan 8 macam tu Iza tanya cousin Iza tentang set beauty sara. Die pun explainlah itu ini begitu begini. Then bila dapat gaji Iza terus beli dan try. Alhamdulillah Iza suka & jatuh cinta. Iza sempat pakai 2 set beauty sara sebelum Medil dilancarkan.

Lepas beauty sara, produk mamadil kedua Iza guna ialah susu rizqi coklat. Awal tahun 2017 susu coklat keluar. Masa coklat belum keluar memang tak nak cuba langsung vanila kononnya tak boleh telan susu putih. Tapi sekarang dua-dua Iza rembat. Dah try susu lepas tu nak try WL pulak. Ehh ehh best la pula mamadil ni kan?

Bila dah try sendiri mengamalkan mamadil ni, barulah rasa best sangat & kebetulan pula bulan 3 2017 macam tu Puan Dila umum nak cari agen baru. Iza pun apa lagi try lah apply tapi masa tu tak bersungguh pun, saje nak try. Tapi tak sangka pula ada rezeki dengan mamadil, Iza diterima menjadi agen.

Masa nak decide sama ada nak terima ke tak tawaran tu ambik masa juga. Lebih kurang seminggu jugalah Iza fikir & solat mintak petunjuk sebab Iza tak pandai & tak pernah berniaga produk kesihatan & kecantikan macam mamadil ni. Sebelum ni berniaga tudung, baju, kasut & handbag je.

Alhamdulillah lepas join mamadil banyak yang Iza belajar. Bukan saja berkenaan bisnes tapi juga lumrah kehidupan. Jujur Iza cakap sebelum jatuh cinta dengan mamadil, Iza dah terlebih dahulu jatuh cinta dengan Puan Dila. Wanita besi yang penuh dengan inspirasi. Betul lah kata Puan Dila apa pun yg kita buat attitude paling penting. Buang segala negatif, ambik yang positif je. Kerana Puan Dila baru lah Iza betul-betul kenal dengan mamadil. Sekarang iza adalah pengguna semua produk mamadil. Yeayyyy ????????

 

Dikongsikan oleh: Mahiza Izmahani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *