Macam Mana Diya Boleh Terjebak Dengan Mamadil?

macam-mana-diya-boleh-terjebak-dengan-mamadil

Panjang sikit cerita Diya dan Mamadil ni..

InsyaAllah dapat manfaat dari cerita Diya ni. Mungkin boleh jadi pendorong, bagi semangat kepada rakan-rakan di luar sana..

Diya mengenali Mamadil ni dari member Diya sendiri yang juga wakil jualan Mamadil. Diya kenal hanya pada nama brand saja. Tak kenal pun siapa owner brand Mamadil ni. Diya tengok perubahan kawan Diya ni hampir 360 darjah. Memang lain benor rupanya. Dari situ Diya start korek rahsia dia.

Dia bagitahu yang dia amalkan Women Love, Susu Rizqi dan Beauty Sara pada masa tu. Tak silap Diya pada akhir tahun 2015.

Start pada tu Diya cuba follow kawan Diya ni sampai la terjumpa kawan Diya share status Puan Dila Mubarak. Start dari situ Diya start follow founder Mamadil ni.

Masa Diya follow Puan Dila tu memang Puan Dila dah cantik dan pernah terdetik kat hati

eleh org dah cantik jual apa pun laku punya..

Tapi hati masih nak juga tahu perubahan Puan Dila Mubarak waktu tu. Orang kata Puan Dila dulu taklah lawa macam sekarang.( jangan marah ) ????. Last-last jumpa juga pic Puan Dila  dulu dan sekarang. Masa tu rasa macam kena penampar je, hahahaha…

Ye la, kan pernah terdetik perasaan tak elok. Pernah jadi makcik bawang. Lepas pada tu terus insaf ????.

Kenapa pernah terfikir macam tu? sebab kebanyakan owner produk, bukan cantik dari sebab produk yang dia keluarkan, tapi buat rawatan yang mahal. Bukan jadi tester pada produk sendiri.

Tapi Puan Dila ni lain, semua produk dia yang cuba dulu. Start dari situ Diya jadi yakin dengan produk keluaran Mamadil.

Bermulalah kisah Diya bersama Mamadil..

Diya bermula sebagai Dropship pada pertengahan bln 2, 2016.

Alhamdulillah masa Diya hanya jadi Dropship je Diya dapat untung bersih RM1000++, hanya dalam 1 bulan lebih je. Sebab Diya dah join tengah bulan 2, so Diya kira untung pada hujung bulan 3.

Tiba-tiba syarikat umumkan yang lepas ni dah takde dah Dropship. Diya jadi risau sebab dah rasa seronok buat duit dengan Mamadil ni. Customer cari kita bukan kita cari customer. Produk senang jual, produk diyakini ramai.

Agen Diya bagitahu kalau nak jadi agen kena ambil semua produk Mamadil. Mungkin dalam RM2000 modal masa tu. Masa tu rasa macam tak yakin dapat kumpul duit banyak tu. Dalam simpanan Diya ada dlm Rm1000. Rasa menyesal pula sebab tak simpan duit betul-betul. Diya bincang dengan suami. Suami cakap InsyaAllah kalau rezeki kita dengan Mamadil, kot mana pun akan jadi sebahagian dr Mamadil.

Diya start mesej stokis Kelantan, kak Sabriena Annuar. Tanya dia syarat-syarat untuk jadi wakil jualan Lepas baca syarat kak Ina bagi tu terus rasa yakin boleh pergi jauh. Bila tahu visi dan misi Mamadil, keyakinan makin bertambah.

Diya janji dengan kak Ina akan sign up jadi agen 30/5, Sebab masa tu duit belum mencukupi. Tapi kak Ina suruh buat solat istikharah mintak petunjuk dengan Allah. Dalam doa Diya tu Diya minta

 Ya Allah..Kalau ini adalah jalan terbaik buat aku dan keluargaku untuk bantu kewangan keluarga.. untuk bantu diri aku..untuk bagi manfaat kepada orang lain.. Kau permudahkanlah urusanku ini…dan jika ia disebaliknya kau jauhkan dari aku dan keluargaku..

Alhamdulillah Allah permudahkan urusan Diya. Diya sign up jadi agent pada 16/5. Allahu.. masa tu menitik air mata.

4 hari sebelum sign up suami bagitahu yang dia dapat projek buat paip. Dia boleh topupkan sedikit untuk Diya ambil stok Mamadil untuk jadi sebahagian dari family Mamadil. Masa tu Diya peluk suami sambil nangis.

Ni bisnes kita.. bisnes keluarga kita..

Alhamdulillah 16/5 ni cukup 2 tahun Diya bersama Mamadil. Dgn buat bisnes Mamadil ni Diya dapat Beli ip5s , laptop, baju anak-anak yang ada berjenama dan banyak lagi tanpa minta duit dari suami. Semua hasil dari bisnes Mamadil.

Kalau dulu orang pergi bercuti dan update kat FB Diya hanya senyum je, tapi sekarang pantang orang ajak bercuti, terus setuju. Org tu boleh pakai kasut harga 2-3 ratus, kita pun boleh.

susu rizqi mamadil diya
adik Diya yang alami alahan kulit kat muka, gambar last selepas menggunakan susu rizqi

Boleh bantu adik ipar untuk ambil kereta. Diya bagi kereta Diya sebelum ni. Masih baru lagi, tapi bayaran bulanan murah. Dan Diya ambil kereta baru dan bayaran 2x ganda lagi mahal dari kereta sebelum ni. Pada mulanya, suami Diya tak yakin boleh bayar bulan-bulan sebab gaji dia tak besar sangat. Tapi Diya bagitahu InsyaAllah Diya boleh bantu dia untuk bayar kereta. Sebab kereta yang Diya ambil ni memang kereta idaman suami Diya dari dulu lagi.

Mulanya dia nak ambil yang 2nd hand je, tapi Diya cakap.. kita mampu ambil yang baru, kenapa nak ambil yang 2nd hand. Walaupun bukan kereta luar negara tapi rasa bangga la juga.

Dengan buat bisnes Mamadil la Diya mampu bayar kereta harga 600+ sebulan, internet rm150 sebulan, boleh bagi duit kat mak. Itu yang paling Diya suka, sebab boleh bagi duit kat mak. Walaupun suri rumah, tapi boleh hulurkan duit untuk mak.

Bukan tu je, Diya boleh bagi manfaat Susu Rizqi kepada anak saudara yang alami alahan kulit, adik Diya sendiri yang alami alahan kulit kat muka, untuk org di luar sana. Malah, kulit Diya pun makin sihat lepas ambil semua produk Mamadil.

Mamadil dah banyak bantu Diya dan keluarga Diya.

Terima kasih Puan Dila Mubarak & Mamadil kerana sudi terima Diya jadi sebahagian dari Family Mamadil..

 

Dikongsikan oleh: Siti Nadiya Akmal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *