Inilah Bukti Aku Gila Susu Rizqi

susu-rizqi-inilah-bukti-aku-zieti

Kisah saya bermula bisnes mamadil sangat-sangat tragis.

Sebelum saya join, saya rasa dulu produk mamadil, yakni susu rizqi, Beli dengan Kak Muji (SN Selangor) dan rasa dia memang sangat-sangat sedap gila. Saya ni memang suka minum susu. Biasa kalau kat event banyak booth bagi rasa susu free, tapi tak sama dengan susu rizqi vanila ni.

Dah jadi meroyan pula sampai tak bagi kat anak, sampaikan sorok dari anak. (kah kah kah ape jenis mak la kan). Lama juga la amik masa minum sorok-sorok dengan anak, akhirnya bagi juga la anak minum, kongsi dengan anak. Sampai bilah nak kedekut dengan anak kan?. kikiki..

Sebab sedapnya susu rizqi tu, dalam tahun 2016 saya decide nak join bisnes, walaupun tengah buat bisnes lain masa tu. Kenapa saya katakan bila bermula dengan mamadil ni tragis? sebab saya terpaksa jual sorok-sorok. Saya mengharapkan sales dari ads saja sebab bisnes satu lagi tu tak benar saya buat bisnes lain. Jadi saya 100% harapkan ads lah. Tapi ads ni sendu, so sales cukup-cukup makan je bulanan. Tolak tambah tak balik modal pun.

Kenapa saya nekad bertukar bisnes kepada mamadil?

Setelah hampir setahun saya struggle dengan bisnes lama, sampai satu tahap saya fikir.. “sampai bila aku nak macam ni?”. Kalau nak tahu dah lama Kak Muji ajak saya serius dalam bisnes tapi saya tak layan sebab sibuk dengan bisnes lain. Sebab masa awal join tu, saya pernah fikir yang mamadil ni sama je konsep bisnes dengan produk lain di pasaran, tak boleh pergi jauh pun. (Maafkan saya puan Dila Mubarak),

Tapi, saya silap

Mamadil bukan macam tu. Bila saya start fokus pada satu bisnes ini saja, baru saya tahu macam mana berbezanya pengurusan mamadil dengan bisnes lain yang saya join sebelum ni.

Kesedaran saya tentang kuatnya produk ni pada pengguna bila Puan Dila Mubarak keluar tv9, dalam slot Nasi Lemak Kopi O (NLKO), Masa tu Puan Dila buat promosi susu rizqi, beli 4 kotak free 1..

Masa tu saya dalam dilema samada nak post ke FB atau tidak, duk fikir banyak kali sebab kan saya jual sorok-sorok. Orang kenal saya dulu sebagai Zieti ‘bisnes lama’, bukan zieti mamadil.

Saya decide.. “takpe, aku post je.. mungkin ini rezeki aku”..

Ya Allah betullah apa orang cakap.. kau tak buat kau tak tahu. Masa tu ramai sangat order yang free 1 kotak tu, betul-betul tak sangka. Dari situlah bermula turning point saya. Saya nekad 100% buat personal branding dan perkenalkan pada semua orang yang saya ni AGEN MAMADIL, bukan lagi bisnes dulu.

Alhamdulillah, rezeki kita tu ada kat mana-mana. Ingat Allah akan bagi dengan apa cara sekalipun. Sekarang hampir 2 tahun dah bisnes mamadil ni (tambah tolak 10 tahun jual secara sorok-sorok), so setahun lebih lah dalam mamadil dan masih bersama sehingga kini.

mamadil susu rizqi zieti yujina
Ini bukti saya simpan kotak-kotak susu rizqi, yang selebihnya dah buang.

Salah satu sebab saya kekal, saya nak bagitahu semua yang susu rizqi ni memang best. Kena cuba dulu, baru tahu kesan dia macam mana. Sama kesan kat saya, dulu kulit kering sekarang lembap. Dulu nak pakai bedak pun susah kat muka sebab mengelupas, sekarang takde dah masalah. Mungkin kalau ada yang masalah ekzema, boleh cuba ikhtiar cuba. Kalau taknak cuba yang lain, boleh mula dengan susu rizqi dulu. Nanti kau akan jatuh hati dengan semua produk mamadil tahu, konpem kau melekat. hehehe..

Dari seorang pengguna bertukar menjadi agen. InsyaAllah saya akan terbang tinggi bersama mamadil.

Saya seorang yang terpaksa berhenti kerja untuk menjaga anak yang sakit setelah 7 tahun bekerjaya. Kini kerjaya saya sebagai surirumah dan AGEN MAMADIL sepenuh masa.????

 

Dikongsikan oleh: Zieti Yujina

2 thoughts on “Inilah Bukti Aku Gila Susu Rizqi

    • Webmaster says:

      Boleh Puan @Nur Farhah,

      Susu rizqi sangat-sangat baik untuk ibu mengandung, yang tak boleh masa mengandung ni Mamadil WL je, susu rizqi tiada masalah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *