Betul ke Wanita Berhijab Tak Reti Jaga Rambut? Baca Tips ni Utk Elak Kena Cop ‘Rambut Busuk’

Mamadil - Tips kalau taknak rambut busuk

Ada org tu, bila pakai tudung nampak manis ayu je. Sekali buka tudung fuh… rambut bau kepam! Terus org xmau dekat.

Anda biasa tak nampak situasi mcm ni? Atau… Ada yang terasa ke bila Mamadil ckp mcm ni? Hikhik.. Utk yg dah terasa tu elok sgt teruskan baca.

Org perempuan, jgn cantik kat luar je. Dalaman pun kena cantik. Terutama sekali rambut. Itu kan mahkota wanita.

Pakai tudung bukan alasan utk abaikan kebersihan rambut. Biar yg tersorok tu pun secantik yg di luar.

Tapi admin faham, bukan senang nk jaga rambut bila berhijab. Tambah2 kalau anda seorg yg sibuk dan selalu keluar. Mesti mcm2 cara dah dibuat tapi tak menjadi..

Apa kata kali ni ikut cara admin pulak? (ye.. admin juga seorg hijabi.. hehe) mana tahu berkesan pulak tips kali ni.

 

Mamadil - elak guna hair dryerJANGAN GUNA HAIR DRYER

Jgn pakai pengering rambut terlalu kerap. Pengering rambut ni keluarkan angin panas bg rambut jd kering dan rosak. Rambut sgt sensitif dgn suhu panas. Rambut yg selalu terdedah dgn suhu panas akan jadi kering, rapuh, menipis dan lama kelamaan hujung rambut akan mula bercabang.

Jgn kata hair dryer je, air panas pun kalau boleh elakkan dr terkena rambut. Mandi pakai water heater kat badan je. Bila nak cuci rambut, tukar balik ke suhu sejuk.

 

Mamadil - jangan pakai tudung masa rambut basah

JANGAN PAKAI TUDUNG DGN RAMBUT BASAH

Benda asas sgt ni tapi ramai yg susah nk ikut. Ye lah, lepas mandi rambut basah. Dah basah tak boleh pakai hair dryer. Nak tunggu sampai kering lambat sgt. Akhirnya pakai terus serkup kepala masa rambut masih lembab. Haa… Mesti ramai yg buat mcm ni kan.

Caranya jgn mandi basah kepala sebelum keluar rumah. Ikat rambut. Pakai shower cap. Mandi jaga rambut jgn bg basah. Lepas ni tak payah pening nak pakai tudung dgn rambut belum kering.

Mamadil - basuh rambut waktu malam

BASUH RAMBUT WAKTU MALAM

Kalau siang hari tak boleh basuh rambut maka basuhlah rambut anda di malam hari. Atau boleh je basuh rambut pd hari anda tak keluar rumah.

Tapi.. Kalau basuh rambut waktu malam ni, rambut akan nampak berkilat dr biasa pd keesokan hari. Tak percaya? Boleh cuba sendiri nnt.

 

Mamadil - ada rutin penjagaan rambut

ADA RUTIN PENJAGAAN RAMBUT

Kalau muka kita ada ‘skin care routine’, rambut pun mesti ada. Amalkan rutin penjagaan rambut dan jgn culas! Nak cantik kena rajin.

Anda boleh mulakan dgn penjagaan asas dulu; syampu dan perapi. Perlahan2 anda boleh mula guna perapi tanpa bilas, minyak rambut atau serum kepala dlm rutin penjagaan rambut.

 

Mamadil - tidur atas sarung bantal sutera

TIDUR ATAS SARUNG BANTAL SILK/SUTERA

Kain sutera dpt kurangkan geseran pd rambut. Jadi rambut akan kurang menggerbang bila bangun tidur. Masalah rambut bercabang pun boleh dikurangkan.

Material sutera ni juga elok utk kekalkan kelembapan rambut. Kain sutera mampu menahan haba dgn baik. Mcm admin kata td, rambut kita sensitif dgn suhu panas.

Kalau anda seorg yg berkulit sensitif, material sutera juga sgt elok utk kulit. Sutera diperbuat dr bahan semulajadi, menjadikan ia lebih ‘hypoallergenic’.

Mamadil - guna produk yang sesuai

GUNA PRODUK YG SESUAI

Pakai produk yg sesuai dgn masalah rambut anda. Kalau rambut kering pakai lah minyak utk lembabkan. Kalau rambut berkelemumur pakai syampu anti kelemumur. Benda ni nampak simple tapi ramai yg ambil mudah.

Kalau anda tak pasti apa masalah rambut dan kulit kepala anda, boleh pergi rujuk mana2 pakar penjagaan rambut utk buat test. Minta pendapat pakar sekali utk cari produk yg sesuai utk rambut anda.

Lepas baca pakat tekan share dan like ramai2 okay 👌

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *