Amalkan 3 “Jangan” ini supaya kulit kekal cantik

kulit cantik

NAK CANTIK HARUS MEKAP?

Kulit cantik atau tak bukan sebab skincare dan make up jer. Tapi amalan kita setiap hari mempengaruhi kecantikan kulit.

Untuk kekal cantik, pastikan korang tak buat 3 benda ni:

  1. JANGAN GUNA SYAMPU LEPAS CUCI MUKA.

    Kalo masa mandi tu korang nak syampu dan conditioner, lakukan dulu, cuci muka last. Kalo korang syampu kemudian, bahan conditioner akan stick pada kulit muka.

    Conditioner kat rambut pun kita pakai hujung-hujung jer, x sampai akar rambut, supaya tak mendap pada kulit kepala kan. So syampu dan condioner dulu, rinse rambut hingga bersih, baru cuci muka.

  2. JANGAN CUCI MUKA GUNA AIR PANAS/SUAM.

    Gantikan dengan air sejuk okey. Kalo guna air suam semua pori terbuka. Kulit nampak kasar. Pakai bedak pun jadi tak sekata bila pori terbuka.

    Bila cuci muka, bersihkan sampai rahang dan leher, supaya kulit kekal sekata. Takde la kat muka licin, kat leher menggerutu kan.

  3. JANGAN TIDUR DENGAN MEKAP.

    Ingat yer, penat camne pun, jangan tidur dengan make up. Tidur dengan make up akan buatkan kulit korang jadi tua. Nampak lebih tua.

    Bermula la fasa tua sebelum usia. Sebelum tidur make sure muka bersih dan bebas. Kecuali korang pakai skincare khas untuk waktu tidur seperti Medil Perfect Sleeping Serum.

Tu jer 3 tips Nani nak share. Tapi sangat penting sebenarnya taw.


Bermanfaat tak? jika bermanfaat, sudi lah untuk komen dan social share, supaya kawan-kawan lain dapat info ini. 

Terima kasih.

Disediakan oleh: NANI MUBARAK

Leave a Reply