3 Perbezaan Ketara Susu Kambing dan Susu Lembu

Perbezaan-susu-kambing-dan-susu-lembu-2

Ramai golongan ibu yang beralih kepada penggunaan susu formula berasaskan susu kambing, bagi menggantikan susu formula yang berasaskan susu lembu. Anekdot ini berdasarkan kebaikan yang dikongsi oleh ramai para ibu diluar yang menceritakan kesihatan anak lebih baik, memudahkan pencernaan, kulit sihat dan cerah serta mengurangkan selsema pada anak-anak. Walaupun hanya sedikit kajian saintifik bagi mengesahkan perkara tersebut, beberapa faktor berikut mungkin boleh menjelaskan kenapa susu kambing berbeza dengan susu lembu. Ia mungkin boleh membantu anda membuat pilihan yang mana terbaik untuk masalah kesihatan dan keperluan nutrisi anak anda.

Komposisi lemak

Partikel lemak yang ditemui dalam susu kambing jelas lebih kecil berbanding dengan susu lembu. Ini membolehkan partikel lemak tersebut mudah diuraikan dan dicerna oleh usus anak-anak kecil. Selain itu, kandungan ‘Medium Chain Triglycerides’ (MCTs) yang tinggi dalam globul lemak susu kambing berbanding susu lembu. MCTs merupakan sejenis lemak yang lebih mudah dicerna, diserap dan digunakan oleh badan berbanding lemak yang berstruktur rantaian yang lebih panjang.

Komposisi Protein

Protein dalam susu boleh dibahagi kepada dua bahagian utama; Kasein (caseins) dan Protein Whey(whey proteins).

Bagi kedua-dua jenis susu (samada susu kambing ataupun susu lembu), 80% protein yang terhasil adalah asas kasein, dan 20% asas whey. Kasein dalam protein susu dipecahkan kepada 4 jenis yang utama; alpha, beta, gamma dan kappa kasein. Namun komposisi protein mengikut jenis kasein berbeza bagi kedua-dua susu tersebut. Susu kambing mempunyai kasein beta yang lebih tinggi berbanding susu lembu, manakala susu lembu mempunyai kasein alpha yang lebih tinggi berbanding susu kambing. Kasein Alpha, secara khususnya alpha-s1-casein merupakan salah satu protein yang dikenalpasti menyebabkan “alergi susu”. Rujuk alahan susu lembu

 

Prebiotik
Mamadil Susu Rizqi – Fomulasi Susu Kambing dengan khasiat Habbatus Sauda, Madu, Minyak Zaitun. Khas untuk Kulit Sihat.

 

Prebiotik adalah “bahan makanan tidak dicerna” yang mengalakkan aktiviti dan pertumbuhan bakteria baik dalam sistem pencernaan, yang membantu kesihatan usus dan fungsinya. Oligosakarida (oligosaccharides) adalah prebiotik semulajadi yang ditemui dalam bahan makanan. Dikatakan susu kambing mengandungi 4-5 kali lebih banyak oligosakarida berbanding susu lembu.

*Penting: jika anak/anda dikesan atau mengalami alahan terhadap susu lembu, kebiasaannya tidak digalakkan mengambil sebarang jenis susu haiwan melainkan dinasihatkan oleh doktor atau pakar pemakanan. Kesamaan diantara protein susu kambing dan protein susu lembu masih wujud walaupun nisbahnya berbeza, lalu risiko alahan masih ada.

 

 

 

 

Sumber rujukan:

  1. Tomotake H, Okuyama R, Katagiri M, Fuzita M, Yamato M, Ota F. Comparison between Holstein cow’s milk and Japanese-Saanen goat’s milk in fatty acid composition, lipid digestibility and protein profile. Biosci Biotechnol Biochem 2006; 70:2771-2774.]
  2. Martinez-Ferez A et al (2006). Goats milk as a natural source of lactose-derived oligosaccharides: Isolation by membrane technology. International Dairy Journal 16: 173-181.
  3. Fakta Penting Alahan Susu dan Simptom kepada bayi
  4. CMPA -(Cow’s Milk Protein Allergy).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *