10 Tips Skincare Yang Patut Anda Cuba Kalau Nak Kulit Glowing

Sebut pasal skincare sekarang semua pakai. Lelaki pun dah ramai yang pakai. Perempuan apatah lagi. Bagus! Semua pakat jaga image diri, tak kira lah laki ke perempuan. Tapi, mungkin tak ramai yang tahu cara atau tips yang betul untuk diamalkan.

Jangan risau, Mamadil belanja anda semua. Jom usha 10 tips yang Mamadil sediakan ni!
1. Dab/Sapuan Atas

Apabila menggunakan sesuatu produk skincare, cleanser, krim atau toner praktikkan ‘dabbing’. Iaitu membuat sapuan dari bawah ke atas. Teknik ini dapat mengelakkan kulit dari menjadi kendur & berkedut di masa akan datang. Circular motion juga lebih baik dari sapuan ke bawah.

2. Sunscreen Kena Pakai Bila Keluar Rumah

Tahukah anda kulit kita sentiasa terdedah kepada sinaran matahari yang berbahaya setiap hari? Walaupun ianya tidak cukup lama untuk membuatkan kulit gelap, ianya boleh menyebabkan kulit menjadi tidak sihat & menambahkan risiko untuk kanser kulit. Gunakan sunscreen yang bertekstur ringan & sama dengan tona kulit – agar lebih cantik & selesa.

3. Bahagian Leher Kena Jaga

Apa-apa sahaja produk yang digunakan di wajah, gunakan juga di bahagian leher. Jika anda bertudung, bahagian leher mudah berpeluh. Ini akan menyebabkan pembiakan bakteria & liang pori tersumbat. Gunakan cleanser, toner & moisturizer di bahagian leher.

4. Hapuskan Sel-Sel Mati

Exfoliation / scrub dapat menanggalkan sel-sel kulit mati & kotoran-kotoran degil pada wajah. Jika anda mula perasan yang kulit anda semakin pudar, ia petanda penting untuk mulakan rutin scrub atau exfoliation. Gunakan salt scrub 1-2 kali seminggu sahaja, jelly exfoliator boleh dipakai 3-4 kali seminggu kerana teksturnya lebih lembut. Skrub berlebihan boleh mengeringkan kulit.

5. Diet Harian Penting

Ada yang cakap kalau kulit berjerawat, kurangkan makan makanan berminyak. Ianya adalah tidak tepat. Setiap orang mempunyai allergen (alahan) yang berbeza. Perhatikan jenis makanan apa yang trigger masalah kulit kita. Ada yang alah pada kekacang, produk tenusu & gula.

6. Manjakan Diri 2-3 Kali Seminggu

Anda tak perlu belanja ribuan ringgit untuk manjakan diri & kulit. Cukup sekadar memakai masker atau sheet mask. Pilih variasi mask yang dapat membantu kulit rehat disamping memberi kebaikan. Clay mask mampu menarik keluar semua kotoran dari liang-liang pori manakala hydrating sheet maks mampu mengembalikan kelembapan kulit yang hilang dari aktiviti harian.

7. Water, Aqua & Air!

When in doubt, use water! Ramai yang keliru dengan pilihan produk, tidak tahu nak pilih oil based, milk based atau water based. Pilihan selamat adalah sentiasa water-based! Kenapa? Badan manusia terdiri dari 60% cecair & jarang sekali ada orang yang mempunyai alahan terhadap air. Pilih produk yang berasaskan air & minum air secukupnya setiap hari untuk kulit yang lebih menawan.

8. Moisturizer Wajib Sapu

Ada beberapa pendapat yang menyatakan moisturizer itu tak perlu. Itu adalah pendapat yang tidak berapa benar. Moisturizer (atau pelembap) yang bagus dapat memastikan kulit sentiasa hydrated disamping membekalkan vitamin secara berterusan sepanjang hari. Ianya juga bertindak sebagai pelindung (barrier) kepada kotoran-kotoran dari luar. Kulit yang tidak menggunakan pelembap mudah kering, berkedut & mudah mendapat jerawat.

9. Rambut Kena Bersih!

Rutin skincare dah tiptop tapi kenapa kulit masih tak flawless? Beri perhatian pada bahagian rambut juga dolls! Rambut kita mengeluarkan minyak & banyak jenis kotoran akan tersangkut dicelah ribuan helai rambut setiap masa. Sangat penting untuk pastikan rambut sentiasa bersih, lagi-lagi jika kita mempunyai masalah kulit berminyak & berjerawat.

10. Jangan Lupa Toner

Ada beratus-ratus jenis toner yang ada dipasaran, yang mana satu yang terbaik? Again, when in doubt – pilih waterbased! Fungsi toner adalah untuk membersihkan muka dari baki kotoran (yang cleanser tak dapat bersihkan), mengetatkan pori & menyediakan kulit untuk step skincare yang seterusnya (essence, moisturizer etc). Jika toner anda membuatkan kulit berasa kering, tiba masanya untuk beralih ke toner yang lebih hydrating & menyegarkan!

Harap 10 tips ini dapat membantu dolls semua untuk mula menjaga kecantikan wajah. Penjagaan kulit tidak pernah terlalu awal & tidak pernah terlalu lewat. Masa terbaik untuk mulakan adalah sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *